Thursday 6 September 2012

BETUL KE ??? ANWAR SEBAGAI TETAMU JEMPUTAN ???


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tetamu jemputan bukannya tetamu kehormat pada sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri, 30 Ogos yang lepas.

“Tetamu kehormat dan tetamu jemputan adalah berbeza dalam majlis seperti ini. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan telus dan terbuka. Esok atau lusa akan bersama Tuanku bagi menjelaskan isu ini’ ulasnya.

“Ini bukan satu perkara yang sepatutnya sampai ke peringkat sebegini. Saya berharap negeri yang maju ini lebih tertumpu pada pembangunan dan usaha peringkatkan kemajuan ekonominya,” katanya.

Abdul Khalid berkata, rekod penganjuran majlis sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri sejak 2003 hingga 2012 membuktikan Menteri Besar daalah tetamu kehormat majlis itu.

Bagaimanapun katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk turut serta dalam meraikan sambutan merdeka pada 2007 bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Kemerdekaan Malaysia.

Menurutnya, jemputan kepada Sultan Sharafuddin melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ada dikemukakan setiap tahun bagi majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Bulan Kemerdekaan termasuk pada tahun ini.

“Berdasarkan rekod dan fail, bahagian ini (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) meneruskan pelaksanaan acara termasuk mengenai jemputan tetamu kehormat seperti amalan yang dilakukan pada tahun-tahun yang sebelumnya,” katanya.

Beliau juga menerima penjelasan SUK, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan menghargai usaha beliau bersama pegawainya yang cuba melaksanakan program yang terbaik untuk Selangor.

PT
Sudah2lah wahai Khalid..mengaku sajalah yang kau memang dah rancang semua ni. Sengaja tidak jemput Sultan Selangor untuk majlis tersebut. Lepas tu macam2 la kau bagi alasan itu dan ini. Pandai betul la kau main sandiwara semasa Khalid. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive