Thursday 13 September 2012

BIAR BETUL !!! RASULULLAH S.A.W SOKONG ANWAR DAKWA KHATIB PR ???


Dengan suhu kehangatan politik semakin meningkat, semakin ramai yang keliru.

Akibatnya, wujud kelompok yang fanatik dengan politik dan sanggup mengeluarkan kata-kata yang bertujuan untuk menaikkan tokoh politik kesayangan mereka.

Adakalnya benda menjadi terlalu merepek dan boleh dipersoalkan dan mungkin boleh menyentuh akidah pihak lain.

Di bawah ini adalah petikan dari sebuah blog yang menceritakan bagaimana seorang khatib jemputan di Kedah berkata Anwar mendapat sokongan Rasululllah SAW untuk menjadi Perdana Menteri.

Tidakkah kenyataan-kenyataan yang tanpa asas seperti itu mampu mengundang perpecahan dalam masyarakat?

Politik biarlah sehingga satu peringkat yang boleh diterima akal dan boleh dibuktikan, bukan sekadar dengan kata-kata.

Ini bukan kali pertama sifat fanatik dalam politik melibatkan Anwar Ibrahim dikesan.
Dahulu pun ada seorang ustaz yang mengatakan Anwar adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.

Persoalannya, kalau anda waras, mampukah anda menerima orang seperti Anwar ke tahap itu?






Sebagaimana yang dijanjikan semalam, inilah pendedahan panas yang saya janjikan semalam. Memang panas dari Kedah. Istimewa dari Duke dan TMK kepada seluruh umat Islam di Malaysia…

Saya terkejut dengan satu khutbah di Masjid Jamek An-Najah di Padang Serai telah menceritakan tentang nama Anwar Ibrahim yang kononnya disebut oleh Rasulullah SAW di dalam mimpi seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin..!!!

Khatib tersebut yang hanya dikenali sebagai “khatib” Hafizul mendakwa di dalam khutbahnya bahawa di dalam mimpi tersebut, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Islam akan bangkit di zaman Anwar Ibrahim..!!!

Berikut adalah transkrip ringkas khutbah berkenaan…

…Khatib hendak berkongsi satu mimpi yang telah dimimpikan oleh Mursyidul Am Ikhwanul dan beberapa Tok Guru di kalangan ulama Ikhwanul Muslimin di Mesir

Mereka telah bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW… Rasulullah SAW sebut… Islam akan menang di ASEAN ini…

Mereka tanya kepada Rasulullah SAW…Islam akan menang di ASEAN itu di mana? Kata Nabi SAW, Islam akan menang di Malaysia…

Mereka tanya lagi..Islam akan menang di zaman siapa?

Dijawab oleh Nabi SAW kata Baginda Rasulullah SAW.. Islam akan menang di zaman…

ANWAR IBRAHIM..!!!
Anwar Ibrahim..??? Biar betul? Benarkah cerita khatib yang diimport dari luar qariah tersebut? Pemimpin Ikhwanul Muslimin mana yang bermimpi begitu? Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin? Siapa namanya? Boleh saya tahu..?

Kalau benarlah cerita tersebut, sila berikan nama pemimpin Ikhwanul Muslimin itu. Saya akan usahakan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan pengesahan dari pemimpin tersebut. Ingat mereka saja ke yang kenal pemimpin Ikhwanul Muslimin? Heh!

Saya tertanya-tanya, siapakah khatib tersebut sehingga tergamak berceramah politik ketika menyampaikan khutbah Jumaat? Lepas tu siap promote nama Anwar Ibrahim dan dikaitkan dengan Rasulullah SAW..? Sahihkah cerita tersebut sehingga diceritakan dalam khutbah Jumaat?

Saya tidak rasa cerita “khatib” jemputan itu benar. Penipu besar..!!!

Saya harap rakyat Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah bangkit untuk membuat laporan polis terhadap cerita khutbah “khatib” tidak bertauliah itu segera. Majlis Agama Islam Kedah mungkin sudah “dibomoh” PAS Kedah untuk “tidur lena” di pejabat mereka…

Rakaman video ini tidak akan habis di sini saja dan pastikan anda semua terus mengikuti perkembangan kes ini kerana rakaman audio khutbah itu masih panjang lagi untuk didedahkan..!!! Stay tune bersama blog ini
Sumber : dukeofumno


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive