Thursday 6 September 2012

BIAR BETUL !!! SAIDAH KAKAK CT NURHALIZA BAKAL JADI BINI NO 2 KOMPOSER ???

Saidah Bakal Kahwin Komposer Terkenal? Gosip berterbangan dari si Murai Batu mengatakan kakak kepada penyanyi terkenal bakal kahwin dengan komposer terkenal yang disukai ramai sekaligus mendapat status isteri kedua.

Menurut Murai, Komposer ini memang sukses orangnya, begitu juga dengan rumahtangga yang dibina bersama seorang wanita cantik yang cukup ramah orangnya. Namun, terkejut juga bila mendapat tahu bahawa komposer ini dikhabarkan bakal berkahwin dengan seorang wanita yang juga ada pertalian darah dengan seorang penyanyi popular tempatan.

Tak tahulah gosip ni benar atau sekadar satu propaganda semata-mata.

Namun, menurut sumber, komposer ini dah lama bermain cinta dengan kakak kepada selebriti ini. Pun begitu, cerita cinta mereka tidak dapat dihidu media dan dikhabarkan seperti cinta biskut. Sekejap cinta sekejap tidak.
Apa sekalipun, sekarang ini hubungan mereka sudah dikatakan serius dan bakal berkahwin. Malah, cinta serius ini bakal menemui penghujungnya selepas kedua-dua mereka terlibat dalam sebuah program realiti TV tempatan.

Walau bagaimanapun, tidak pula mendengar komposer ini bakal menceraikan isterinya itu. Sebaliknya, komposer ini bakal menjadikan kakak selebriti itu sebagai isterinya yang kedua. Apapun, tunggu saja pengakuan dari empunya badan ini.
Adakah kisah ini benar atau provaksi setengah pihak? Yang penting, jika benar ia terjadi, contohilah Salleh Yaakob yang adil menguruskan empat isterinya.

Sumber : si Murai Batu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive