Thursday 6 September 2012

BUDAK BONTOT DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS


Wajah sebenar si punggung...

Si punggung dibebas dengan jaminan polis...

Si pununggung di tahan polis semalam...

Si punggung tengah beraksi menunjukkan bontotnya...

KUALA LUMPUR – Polis malam Selasa membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Ku berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera ‘baru’ Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera ‘baru’ Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive