Saturday 15 September 2012

CURAH CECAIR - 5 PELAJAR MELECUR TERUK KERANA LETUPAN BARBEKU ???


Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras di sini, pagi semalam melecur teruk setelah berlaku letupan ketika mereka sedang barbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah tersebut kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa membabitkan pelajar tingkatan 4 dan seorang tingkatan 5 serta 4 daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.

Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16; ketika kejadian dia bersama kira-kira 20 rakan lain sedang memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat dan api menyambar kami semua yang berada di sekeliling alat barbeku.

“Baju melayu saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian terus menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.

“Setelah kejadian tersebut, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian daripada pihak keluarga pelajar yang cedera.

Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah serta lebih kepada kemalangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive