Tuesday 18 September 2012

FILEM HINA NABI MASIH BOLEH DI TONTON DI YOU TUBE !!!


KUALA LUMPUR – Filem Innocence Of Muslims masih boleh ditonton di Youtube kerana hanya versi rasmi yang disekat setakat ini.

Ini memperlihatkan seolah-olah tidak ada kesungguhan di pihak Google atau Youtube untuk memastikan filem itu tidak ditonton di negara ini.

Tinjauan Mynewshub mendapati, versi-versi yang dimuat naik pihak lain masih boleh dilayari dan ditontoni seperti biasa.

Keadaan itu menjadikan seolah-olah tidak ada gunanya sebarang sekatan dibuat kerana ia umpama satu ditahan manakala sembilan lagi dilepaskan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mengutuk sikap yang dipertontonkan oleh pihak Google.

Malah Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mahukan agar Google bukan sekadar menghalang penyiaran klip berkenaan di negara ini, tetapi di seluruh dunia.

Kata beliau, kebebasan bersuara tidak mungkin lebih penting daripada perasaan umat Islam di serata dunia yang dihina melalui filem terbabit.

“Perkasa memohon tindakan diambil tanpa menunggu lebih lama sebelum masyarakat Islam yang sedang marah mengambil tindakan membelakangi undang-undang,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau berkata, jika pemilik Youtube gagal bertindak, maka pihak itu juga perlu berhadapan dengan perasaan sakit hati masyarakat Islam di seluruh dunia.

Keadaan yang berlaku juga agak berbeza dengan kenyataan Google Malaysia yang kononnya menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi ‘Innocence of Muslims’ sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiar dalam laman YouTube telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Dua hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Malaysia akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.

Rais dipetik sebagai berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive