Saturday 8 September 2012

FOTO !!! PELAJAR CALARKAN KERETA GURU DISIPLIN DI KEDAH ???




Cerita tentang nasib menimpa guru disiplin sesebuah sekolah (biarlah nama dirahsiakan), luruh hati kami mengenangkan sikap pelajar pada zaman sekrung yang sangat extrem dan langsung tiada masa rasa hormat pada guru. Selalunya, pelajar-pelajar seperti itu, akan terus tercicir dalam pembangunan dan kemajuan. Oh kesian, sedangkan seorang guru yang ingin melihat anak didiknya berjaya, sebaliknya diperlakukan demikian.

Kejadian ini berlaku di sebuah Sekolah Menengah di Kedah Darul Aman, di dalam kawasan sekolah.



Perkara seperti ini bukanlah tidak pernah langsung terjadi dulu-dulu. Tetapi sejahat-jahat budak dulu, tidaklah seperti zaman ini. Rasa hormat pada guru tu semakin terhakis entah di mana silapnya?.

Kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, sedarlah bahawa ilmu di zaman sekolah sangat penting untuk menempatkan di mana anda selepas itu. Kecundang di zaman persekolahan, tidak bererti anda akan terus gagal selama-lamanya dalam hidup, tetapi perjalanan hidup anda akan lebih banyak onak dan durinya berbanding mereka yang hidup penuh azam dan kesungguhan sejak di bangku sekolah. "Usaha Tangga Kerjayaan".


Tanya sahaja pada mereka yang tak pernah jejak kaki ke Universiti. Tentu sahaja jawapan jika boleh diundurkan masa "Andai Dapat Ku Undurkan Masa, Lagu AXL", mereka ingin masuk ke zaman persekolahn semula dan belajar bersungguh-sungguh untuk menempuhi hidup seperti orang lain yang berjaya ada rumah, ada kereta dan ada keluarga sendiri sedangkan dirinya masih membanting-tulang seharian sambil menyesali tindakan di bangku sekolah.

Ingatlah, tiada niat lain dari seorang guru yang menjadi lilin dengan membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Anak murid yang diajarnya, mungkin akan jadi seorang peguam, arkitek, usahawan berjaya mahupun perdana menteri sedangkan dirinya sampai ke tua tetap masih seorang guru di sekolah. Hormatilah guru kerana dari situ datang keberkatan dalam ilmu.

Jika ingin anak-anak yang hebat, sejak dibangku sekolahlah kita perlu pupuk sifat yang baik untuk menghasilakn anak yang berkualiti di atas muka bumi ini. Jika perangai macam sampah. Renung-renungkan lah ya?.

Kepada anda guru disiplin yang dihormati, kami di Klik Aje bersimpati dan kami harap anda banyak-banyakkanlah bersabar kerana sesungguhnya ini salah satu cubaan yang benar-benar menguji kesabaran sebagai seorang guru. Teruskan berbakti demi anak bangsa tercinta.
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive