Saturday 1 September 2012

KATA PKR UMNO UPAH PEMUDA SAMSENG PECAHKAN CERMIN DAN SIMBAH CAT PADA BAS ???






Dari laporan yang layak dipercayai bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Difahamkan  ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.


Kenyataan dikeluarka menyebut, "pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan."

Cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.

"Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan," tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan itu menjelaskan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

PT

Geng Sarkas  kena attack..kena bala atas dunia lagi, belum lagi di akhirat, itupun tak faham2 lagi. Mungkin orang PAS tak suka PKR bertapak di Kelantan kot ???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive