Monday 17 September 2012

KENAPA SUAMI BERPERANGAI BAK LEMBU DITARIK HIDUNG ???


Barangkali sebilangan kita pernah terserempak lelaki berstatus suami, berperangai bak lembu ditarik hidung oleh isteri sendiri. Disuruh duduk, dia duduk, disuruh berdiri, dia berdiri. Jika disuruh berguling oleh isteri, dia akan berguling sehingga disuruh berhenti.

“Tengok suami perempuan itu, sentiasa mengikut arahan isteri dia, mesti sudah terkena nasi kangkang bini dia”

Mungkin ramai antara anak muda generasi masa kini, tidak mengetahui apakah itu nasi kangkang. Menurut kisah saya dengar, menghasilkan nasi kangkang bukan sesukar seperti menyediakan nasi beriani.

Secara ringkas, wanita sedang haid, memakai kain batik tanpa seluar dalam dan meletakkan sebekas nasi panas dan berwap di bawah kangkangnya.

Lebih luas kangkangnya, lebih bagus.

Cecair dari kemaluan bercampur darah kemudian menitis ke dalam nasi panas, kemudiannya dihidangkan kepada suami.

Kedengaran kotor dan meloyakan.

Dipercayai selepas itu, suami bakal menurut semua kehendak isteri tanpa sebarang bantahan.

Saya cuba untuk mendapatkan kerjasama beberapa wanita untuk menunjukkan kaedah nasi dikangkangkan namun tiada antara mereka sudi melakukan demonstrasi sebegitu.

‘Nasi kangkang’, topik lazimnya amat sensitif kepada majoriti wanita. Justeru mereka jarang memperkatakan mengenai kaedah itu di khalayak ramai.

Pada April 2009, pembantu rumah wanita Indonesia, Indra Ningsih, 26 tahun, didakwa di mahkamah di Hong Kong akibat mencampurkan darah haidnya ke dalam semangkuk sayur untuk dihidangkan kepada majikannya.

Barangkali dia tahu, majikannya lebih gemar memakan sayur berbanding nasi. Indra tidak pula dilaporkan mengangkang sewaktu di dapur, cuma menggunakan darah diambil dari tuala wanitanya.

Klik di sini untuk membaca laporan berhubung kes terbabit.

Sekaligus, timbul persoalan menarik untuk kita fikirkan bersama.

Mengapakah sebilangan wanita tergamak berbuat khianat sehingga ke tahap itu? Jawabannya tidak begitu sukar untuk dikemukakan. Mereka percaya, nasi kangkang mampu untuk menundukkan lelaki secara mudah. Dalam erti kata lain, wanita terbabit ingin memiliki kuasa mutlak bertujuan untuk mengawal pergerakan lelaki rapat dengan mereka agar sentiasa mengikut telunjuk.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Adakah terlalu sukar untuk mengawal, hati, perasaan dan pergerakan suami? Mungkin tidak, bagi majoriti wanita bergelar isteri jika mereka memahami formula tersurat dan tersirat.

Suami perlu dihormati, dihargai dan disayangi. You get what you give bak kata orang putih. Lazimnya suami dijaga secara sempurna oleh isteri amat jarang mencurangi perhubungan dipatri bersama.

Sila baca sekali lagi ayat terakhir di atas, saya menggunakan perkataan ‘lazimnya’. Namun jika suami curang dan sering tidak mendengar kata disuapkan dengan nasi kangkang, adakah itu kaedah penyelesaian? Tidakkah kehidupan isteri mereka akan menjadi bosan?

“Pergi basuh pinggan! Sekarang!,” herdik isteri.

Suaminya tanpa bantahan terus sahaja berjalan longlai ke dapur dan mengikut arahan.

“Pergi siram pokok bunga!,” kata isteri.

Suami pantas bergerak menuju ke muka pintu, keluar dari rumah, mengambil bekas air dan menyiram setiap pokok bunga segar mahu layu di halaman rumah.

“Pergi sidai baju, cepat!,” sergah isteri.

Suami tanpa bicara, mengangkat bakul plastik berwarna biru dipenuhi pakaian lembab dan dengan muka ‘ketat’, mula menyidai seluar dalam dan coli isteri.

Itukah ‘kuasa memerintah’ diburu oleh sebilangan isteri?

Sumber : Mazidul Akmal Sidek

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive