Saturday 15 September 2012

Konsert Punk Dari DAP Sempena Hari Malaysia ???


Sempena sambutan Hari Malaysia, Roketkini – majalah web DAP – akan menganjurkan konsert bermesejkan antirasuah dan rasisme melibatkan kumpulan punk rock terkenal Second Combat.

Menurut Pengarang Roketkini Wan Hamidi Hamid, persembahan percuma khas untuk generasi muda itu akan turut membawakan lagu-lagu bermesej positif yang mendokong idea kebebasan, demokrasi dan keadilan selain melindungi alam sekitar.

“Persembahan muzik yang julung kali diadakan ini adalah untuk meraikan golongan anak muda yang cintakan demokrasi, kebebasan dan idealisme,” kata Wan Hamidi yang juga pernah terlibat dalam aktivisme dalam senario muzik indie tanah air tidak lama dahulu.

Sehubungan itu, kata Wan Hamidi, dengan adanya persembahan ini akan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk komited dengan perubahan sosiopolitik negara.

Second Combat ditubuhkan pada tahun 1995. Ia dianggotai oleh dua orang anak muda, Khairuddin Aziz (Ein) dan Azwari Zainal (Arwith).

Kumpulan ini bergiat aktif dalam dunia muzik indie yang turut menempa nama di Eropah.

Dengan mengetengahkan lirik yang menolak dadah, rokok dan seks bebas, ia menjadikan kumpulan ini sebagai sebuah band yang ‘politikal’.

Selain itu, anggota Second Combat ini juga turut memasuki sekolah-sekolah bagi memberi ceramah tentang bahaya dadah serta berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Konsert bertemakan“Malaysia Milik Kita Bersama” pada Ahad ini turut menampilkan kumpulan hip hop, 5forty2.

Persembahan muzik ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada jam 8 malam. (MALAYSIAKINI)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive