Sunday 16 September 2012

LAGI SEEKOR KATAK MENJADI PENGIKUT ANWAR DI SABAH ???



Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah. Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.

Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.

Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.

PT
Sebenarnya, terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah mengenai berbagai perkara. Tetapi hal ini tidak disedari oleh ramai pemimpin Umno Sabah kerana mereka lebih sibuk menjaga hubungan peribadi dengan pucuk pimpinan parti daripada mendekati para pengundi di kawasan masing-masing.

Sebab itu terdapat pemimpin Umno Sabah lari meninggalkan Umno kerana mereka dapat merasai kegelisahan rakyat Sabah.

Maksudnya, dalam situasi sekarang bukan rakyat yang mengikut pemimpin tetapi pemimpin yang terpaksa mengikut cita rasa rakyat demi mempertahankan kedudukan masing-masing
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renung-renungkanlah dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive