Monday 3 September 2012

NURUL SHUHADA MOHON MAAF ISU BINTULU DAIF


KUALA LUMPUR – Personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain, 28, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Bintulu, Sarawak mengenai kenyataannya mengatakan penduduk di kawasan itu daif.
Kejadian berlaku semasa dia sedang bersiaran secara langsung sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu di negeri berkenaan.
Dia mengaku kesilapan itu tidak di sengajakan lebih-lebih lagi apabila acara itu berlaku secara lintas langsung.
Antara kata-kata yang ditulis menerusi Twitter miliknya adalah, “Terima kasih atas teguran. Saya mengakui kesilapan saya yang tidak disengajakan. Things happen during live show.
“So so sorry. Mohon maaf dari kekurangan diri. Saya tersasul. Terima kasih atas teguran. katanya.
Dia turut membuat penjelasan menerusi Facebook.
“To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of ‘daif’ needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u.”
Dengan penjelasan panjang lebar dan permohonan maaf daripada Nurul Syuhada, diharap tiada lagi pihak yang membesarkan cerita ini.


Sumber 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive