Monday 17 September 2012

PHAHROLRAZI TAK SABAR NAK JADI MB KEDAH ???



Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan kepada sebuah portal berita bahawa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu.

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula PAS Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata, beliau kesal kerana namanya dikaitkan dengan komplot tersebut walaupun krisis itu sudah berakhir.

“Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah.

"Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco,” katanya lagi dalam laporan itu.

Februari lalu, Phahrolrazi dan Ismail merupakan antara exco yang dilantik tidak mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit Alor Setar.

Kejadian ini berlaku dikhabarkan mungkin berlaku perbezaan pendapat antara dua exco tersebut dengan Menteri Besar.

Bagaimanapun pada 5 April, Phahrolrazi dan Ismail mengangkat sumpah selepas perubahan melibatkan beberapa portfolio.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive