Tuesday 11 September 2012

PRU13 - PR JANGAN TERLALU YAKIN SANGAT UNTUK MELUMPUHKAN NEGERI DARI TANGAN BN ???


PASIR MAS – Pakatan Rakyat (PR) yakin dapat melumpuhkan kekuasaan Barisan Nasional di tiga negeri lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak, sudah berani untuk menolak pemerintahan yang sedia ada dan menukar kepada pilihan yang baru.

Menurutnya, PR bakal mencipta sejarah politik negara seperti mana ‘tsunami politik’ ketika PRU12 yang lepas.

“Kita akan menawan 30 dari 82 Parlimen di tiga negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan majoriti BN yang sedia ada.

“Kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh, sehingga menjadikan BN sebagai pembangkang di negara ini,”

katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana bersama penyokong Pas di Kampung Pohon Tar, Kangkong, hari ini.

PT

Kuat betul ayam-ayam PR ni berkokok..sehinggakan terdengar keseluruh Semenanjung dari Perlis hingga ke Sabah. Wahai PR sebelum kebenaran terbukti didepan mata jangan terlalu banyak memasang impian. Manalah tau tetiba Allah mengubah membuka mata hati seluruh rakyat untuk kekal memihak kepada BN. . PT tahu benar kalau di Kelantan memang ramai pemimpin2 PAS pandai bercakap besar. Kalau tidak bercakap besar bukan pemimpin PAS lah tu. Apapun kita ada akal dan fikiran maka sebelaum membuat keputusan fikir2 dan renung2kanlah !!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive