Saturday 15 September 2012

RM2.5 JUTA PASANG PENAPIS AIR DI 500 BUAH SEKOLAH DI KELANTAN - TPM




KOTA BHARU - Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk 500 sekolah di Kelantan bagi projek pemasangan penapis air untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat untuk memastikan anak-anak di Kelantan sihat dan tidak menggunakan air tercemar.

"Kita tak mahu tengok anak-anak di Kelantan sakit dan kita harap mereka dapat belajar dalam keadaan baik.

"Projek ini akan dilaksanakan pada masa terdekat bagi memastikan bekalan air bersih dapat dibekalkan di sekolah-sekolah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di kompleks sekolah-sekolah wakaf Mek Zainab di sini pagi semalam.

PT
Elok sangat la tu TPM, kalau mengharapkan kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membantu mendapatkan air bersih seperti menunggu buah yang tak akan gugur la gamaknya. Sekurang2nya rakyat Kelantan dapat berfikir secara rasional dalam membuat pilihan. Samada untuk meneruskan kerajaan Pas yang tidak berbuat apa2 untuk kesejahteraan serta menyediakan kemudahan kepada rakyat sendiri.




Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive