Friday 21 September 2012

LAGI MANUSIA APEK BIADAP DIJUMPAI - PIJAK FOTO PM !!!


Menyokong atau membangkang adalah hak individu.

Masing-masing ada pemikiran, fahaman dan cara bertindak mereka yang tersendiri.

Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Membenci Nik Aziz bukanlah tiket untuk menghina keperibadiannya, membenci Najib bukanlah lesen untuk memfitnahnya.

Hak untuk bercakap bukan bermakna hak untuk mengutuk tanpa usul periksa.

Hak untuk berdemo bukan hak untuk merusuh sesuka hati.

Hak harus digunakan secara baik dan berhemah.

Hak untuk mengadakan bantahan terhadap penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah tak sama dengan hak untuk berdemo disebabkan tak setuju dengan keputusan PIBG mengutip yuran komputer.

Di atas adalah contoh bagaimana seorang manusia yang merasakan dirinya berhak untuk buat apa saja hanya disebabkan dia tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia bangga untuk meletakkan kakinya, lebih tepat, untuk memijak gambar muka Najib bagi memalukan pemimpin tersebut.

Apa kata, kalau ada orang yang tidak puas, memijak kembali gambar muka ibu yang melahirkan lelaki yang bernama Shaun Tan Zhi Ming itu atau kekasih pujaan hatinya.

Bagaimana agaknya perasaan Shaun?

Perbuatan biadap seperti ini perlu dikutuk, tak kira siapa pun ‘mangsanya’.

Mungkin ada yang mengatakan ia cuma sekeping kertas, tetapi ia juga bererti maruah.

Dan hanya orang yang tidak bermaruah saja yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian.

Shaun Tan Zhi Ming bangga melihat ‘maruah’ Najib diperlakukan sedemikian rupa, tetapi pada masa yang sama, dia juga kena sedar yang dia sendiri telah meletakkan maruahnya di tempat paling hina.

Lebih hina daripada yang dia lakukan terhadap gambar Perdana Menteri itu sendiri.

(sumber : ukeconline.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive