Monday 3 September 2012

SHARBINIE LUPA YANG DIA BUKAN HEBAT PUN....



Menurut jurulatih Terengganu, Peter James Butler, beliau berasa kecewa dengan kesilapan itu dan tidak menolak kemungkinan Sharbinee tidak lagi akan beraksi bersama pasukan itu dalam perlawanan akan datang.

"Apa yang dia (Sharbinee) buat itu memang salah. Ini bukan kali pertama dia melakukannya dan dia memang keterlaluan.

"Saya memang sangat kecewa dengan tindakannya. Saya juga kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) di atas tindakannya itu," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Terengganu masih mempunyai pemain sepertinya, skuad itu tidak akan maju.

“Saya bekerja disini dan cintakan negara ini. Sepanjang menjadi jurulatih, apa yang saya mahu ialah kejujuran. Kita harus bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan dan dalam hal ini, saya percayakan integriti. Saya mahukan pemain yang jujur, berdisiplin dan memiliki integriti yang tinggi.

"Keputusan malam ini (kelmarin) sangat tidak relevan. Tidak kira menang atau kalah. Mungkin selamat jika saya katakan dia (Sharbinee) tidak akan ada lagi bersama pasukan selepas ini," katanya.

Dalam persaingan sengit malam kelmarin, Terengganu memulakan corak permainan dengan baik apabila mendapat gol pertama melalui tendangan percuma luar kotak penalti oleh penyerang import, Francis Fokey Doe pada minit ke-20.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-62 hasil tendangan penjuru yang gagal ditangkap penjaga gol tuan rumah, Sharbinee Allawee.

Bengang dengan kesilapan berulang itu, menyebabkan Butler menggantikan Sharbinee dengan penjaga gol simpanan Md. Sharmiza Yusof.

Tindakan Butler itu mengundang rasa tidak puas hati Sharbinee yang bertindak membaling botol minuman kearah Butler, namun, tidak mengena.

Mengulas lanjut mengenai dua lagi baki perlawanan Terengganu menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan dalam perlawanan akan datang, Butler yakin masih ada peluang untuk Terengganu muncul ke suku akhir Piala Malaysia.

“Kita mempunyai maruah. Kita akan terus berjuang kerana masih ada dua perlawanan lagi. Masih ada sesuatu untuk kita dapatkan,” katanya

2 comments:

  1. Ada masyuk la agaknya. Sebab tu tangkap bola pun tak betul

    ReplyDelete
  2. memang kot..sebab bola kat luar dikautnya masuk dalam gol....hahahaha ganu kena pulun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive