Monday 17 September 2012

TAK HABIS2 DENGAN SMM - PERARAKAN DENGAN TUNTUTAN DALAM KEPALA MEREKA ???


KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 800 siswa menyertai perarakan di ibu kota semalam yang difahamkan menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

Kumpulan pelajar ini mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan seterusnya berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.

Sebilangan dari mereka membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis “sistem pengundian yang telus”, “peruntukan dana calon” dan “penetapan tarikh PRK”.

Kumpulan berkenaan juga turut melaung-laungkan slogan “bangkit anak muda”, “tolak penipuan” dan “hidup mahasiswa”.

Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa iaitu ‘Mat Gempak’.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak tersebut. Anggota keselamatan turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas dikawasan yang terlibat.

Perarakan ini disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI).

Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan nanti.

“Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Memandangkan pilihan raya kampus semakin hampir, kita akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan depan,” kata Edikoup di sini semalam.

Menurutnya enam tuntutan tersebut ialah,
penetapan tarikh pilihan raya kampus,
mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus,
pemantauan pilihan raya kampus,
kebebasan berkempen,
sistem pengundian telus,
dan peruntukan dana kepada calon.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive