Thursday 6 September 2012

TALA PUNGGUNG !!! KOLEJ & PTPTN BERHENTIKAN SERTA MERTA ???

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.

    
NONE"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.

Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.


PT

Dari dulu lagi orang2 tua dah cakap..kalau nak buat sesuatu kena fikir seribu kali bukan buat kut kata 'kepala lutut'. Tak pasal2 dah kena berhenti belajar dan pinjaman PTPTN juga telah diberhenti serta merta. Dengar cerita bapa budak ni dah mintak maaf secara terbuka kepada PM dan isterinya dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Tetapi kata orang 'nasi sudah jadi bubur' dah tak boleh nak selamat dah. 

Kepada golongan mahasiawa yang masih lagi belajar tak payah lah kamu membodohkan diri demi memenuhi impian orang lain. Tengok apa yang berlaku sekarang.. selain dari mak bapak budak jantan tu tak de lagi yang kisahkan. Harapkan pemimpin PKR...jauh panggang dari api la gamaknya....apapun kita ada otak dan akal maka sebelum membuat sesuatu perkara fikir2 dan renung2kanlah !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive