Tuesday 11 September 2012

VIDEO !!! MENJENGAH SEKETIKA DI DALAM TEMPAT TAHANAN (KEMTA)


Tempat Tahanan Perlindungan Taiping lebih dikenali sebagai KEMTA.

Ia terletak kira-kira 8 km. dari bandar Taiping dan 3 km. dari pekan Kamunting dan mempunyai keluasan 230 hektar.

Institusi ini mula dibuka pada November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA 1960 (Sek. 8(1)).

Pada 14 hb. November 1973, perpindahan 91 orang tahanan dari Tempat Tahanan Khas Batu Gajah yang terdiri daripada anggota-anggota komunis merupakan tarikh permulaan institusi ini beroperasi.

Walaupun diperingkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversif tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau agama dan juga bekas anggota-anggota komunis yang menyerah diri.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive